Selasa, 22 Januari 2013


Belangkas adalah haiwan zaman purba yang pernah wujud di planet Bumi sekitar 230 juta tahu dahulu. Spesies ini tidak banyak berubah dari sejak dulu hingga kini. Ia mudah dicam melalui ekor yang panjang tirus dan menpunyai cengkeram sebijik macam helmet askar.

Daging haiwan purba ini sangat berharga. Bukan setakat itu darahnya yang berwarna biru juga menpunyai harga yang tinggi di pasaran, seliter darah biru si belangkas ini berharga RM 17,500.

Darah berwarna biru dari belangkas amat bernilai di Amerika Syarikat. Ia berharga RM17,500 (USD5,000) seliter di sektor perubatan negara tersebut. Untuk mendapat satu liter darah biru, nelayan perlu menangkap 115 ekor belangkas bersaiz kecil di Semenanjung Malaysia. Tapi hanya 45 ekor diperlukan jika belangkas di perairan Sabah kerana saiz lebih besar. Darah biru belangkas disedut keluar tanpa perlu membunuh belangkas tersebut. Bahan dalam badan belangkas boleh digunakan untuk mengesan virus, bakteria dan toksin. Kit anti-toksin menggunakan belangkas telah berkembang di Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan Asia Barat sejak 1988.








Nuffnang Ads


Bukti Nabi Musa Pernah Membelah Lautan



Inilah Bukti Bahwa Nabi Musa Pernah Membelah Lautan [ www.Up2Det.com ]

Jelajahsejarah Masih ingatkah teman-teman dengan kisah mukjizat Nabi Musa yang membelah laut merah dengan tongkatnya? Jika salah satu diantara teman-teman yang menganggap kisah tersebut hanya merupakan dongeng belaka, sekarang mari kita simak tulisan yang saya uraikan dibawah ini...


Seorang Arkeolog bernama Ron Wyatt pada ahir tahun 1988 silam mengklaimbahwa dirinya telah menemukan beberapa bangkai roda kereta tempur kuno didasar laut merah. Menurutnya, mungkin ini merupakan bangkai kereta tempur Pharaoh yang tenggelam dilautan tsb saat digunakan untuk mengejar Musa bersama para pengikutnya.

Menurut pengakuannya, selain menemukan beberapa bangkai roda kereta tempur berkuda, Wyatt bersama para krunya juga menemukan beberapa tulang manusia dan tulang kuda ditempat yang sama.

Temuan ini tentunya semakin memperkuat dugaan bahwa sisa2 tulang belulang itu merupakan bagian dari kerangka para bala tentara Pharaoh yang tenggelam di laut Merah. Apalagi dari hasil pengujian yang dilakukan di Stockhlom University terhadap beberapa sisa tulang belulang yang berhasil ditemukan,memang benar adanya bahwa struktur dan kandungan beberapa tulang telah berusia sekitar 3500 tahun silam, dimana menurut sejarah,kejadian pengejaran itu juga terjadi dalam kurun waktu yang sama.

Inilah Bukti Bahwa Nabi Musa Pernah Membelah Lautan [ www.Up2Det.com ]

Selain itu, ada suatu benda menarik yang juga berhasil ditemukan, yaitu poros roda dari salah satu kereta kuda yang kini keseluruhannya telah tertutup oleh batu karang, sehingga untuk saat ini bentuk aslinya sangat sulit untuk dilihat secara jelas. Mungkin Allah sengaja melindungi benda ini untuk menunjukkan kepada kita semua bahwa mukjizat yang diturunkan kepada Nabi2-Nya merupakan suatu hal yang nyata dan bukan merupakan cerita karangan belaka. Diantara beberapa bangkai kereta tadi, ditemukan pula sebuah roda dengan 4 buah jeruji yang terbuat dari emas. Sepertinya, inilahsisa dari roda kereta kuda yang ditunggangi oleh Pharaoh sang raja. /

Inilah Bukti Bahwa Nabi Musa Pernah Membelah Lautan [ www.Up2Det.com ]

Sekarang mari kita perhatikan gambar diatas, Pada bagian peta yang dilingkari (lingkaran merah), menurut para ahli kira-kira disitulah lokasi dimana Nabi Musa bersama para kaumnya menyebrangi laut Merah. Lokasi penyeberangan diperkirakan berada di Teluk Aqaba di Nuweiba. Kedalaman maksimum perairan di sekitar lokasi penyeberangan adalah 800 meter di sisi ke arah Mesir dan 900 meter di sisi ke arah Arab. Sementara itu di sisi utara dan selatan lintasan penyeberangan (garis merah) kedalamannya mencapai 1500 meter. Kemiringan laut dari Nuweiba ke arah Teluk Aqaba sekitar 1/14 atau 4 derajat, sementara itu dari Teluk Nuweiba ke arah daratan Arab sekitar 1/10 atau 6 derajat /

Diperkirakan jarak antara Nuweiba ke Arab sekitar 1800 meter.Lebar lintasan Laut Merah yang terbelah diperkirakan 900 meter. Dapatkah kita membayangkan berapa gaya yang diperlukan untuk dapat membelah air laut hingga memiliki lebar lintasan 900 meter dengan jarak 1800 meter pada kedalaman perairan yang rata2 mencapai ratusan meter untuk waktu yang cukup lama, mengingat pengikut Nabi Musa yang menurut sejarah berjumlah ribuan? (menurut tulisan lain diperkirakan jaraknya mencapai 7 km, dengan jumlah pengikut Nabi Musa sekitar 600.000 orang dan waktu yang ditempuh untuk menyeberang sekitar 4 jam).

Menurut sebuah perhitungan, diperkirakan diperlukan tekanan (gaya per satuan luas) sebesar 2.800.000 Newton/m2 atau setara dengan tekanan yang kita terima Jika menyelam di laut hingga kedalaman 280 meter. Jika kita kaitkan dengan kecepatan angin,menurut beberapa perhitungan, setidaknya diperlukan hembusan angin dengan kecepatan konstan 30 meter/detik (108 km/jam) sepanjang malam untuk dapat membelah dan mempertahankan belahan air laut tersebut dalam jangka waktu 4 jam!!! sungguh luar biasa, Allah Maha Besar.

beberapa bukti lain yg mendukung ndan..


Roda Kereta Firaun

Inilah Bukti Bahwa Nabi Musa Pernah Membelah Lautan [ www.Up2Det.com ]

Inilah Bukti Bahwa Nabi Musa Pernah Membelah Lautan [ www.Up2Det.com ]

Inilah Bukti Bahwa Nabi Musa Pernah Membelah Lautan [ www.Up2Det.com ]

Inilah Bukti Bahwa Nabi Musa Pernah Membelah Lautan [ www.Up2Det.com ]

Penyelam yang menemukan Bangkai kereta dan roda

Inilah Bukti Bahwa Nabi Musa Pernah Membelah Lautan [ www.Up2Det.com ]

/

Inilah Bukti Bahwa Nabi Musa Pernah Membelah Lautan [ www.Up2Det.com ] 

OSEMMM!! HAIWAN TERANEH YANG HIDUP PADA ZAMAN MODEN!!

berikut antara haiwan-haiwan pelik yang wujud pada zaman moden...
semua haiwan ini belum lagi pupus sehingga sekarang!

Aiieaiie Ayeaye 

osemmm.blogspot.com
Aksolotal Axolotl 

osemmm.blogspot.com
Alpaka Alpaca 

osemmm.blogspot.com
Angora Rabbit

osemmm.blogspot.com
Blobfish 

osemmm.blogspot.com
Dumbo Octopus  

osemmm.blogspot.com
Emperor Tamarin 

osemmm.blogspot.comm
Frill-necked-Lizard 

osemmm.blogspot.com
Hagfish 

osemmm.blogspot.com
Komondor Dog 

osemmm.blogspot.com
Narwal 

osemmm.blogspot.com
Proboscis Monkey

osemmm.blogspot.com
Pygmy Marmoset 

osemmm.blogspot.com
Red Panda 

osemmm.blogspot.com
Saki Monkey 

osemmm.blogspot.com
Shoebill 

osemmm.blogspot.com
Starnosed Mole 

osemmm.blogspot.com
     1. Katak Kepala 3
Ditemui di Inggeris oleh seorang budak. Kononnya, pada mempercayai kalau katak ini ada akibat pencemaran alam sekitar yg menyebabkan mutasi.




                                                             2. Anak Kucing Mata 1
 Sempat dikatakan sebagai manipulasi gambar, tapi ternyata tidak. Hidup selama 1 hari, dan tidak memiliki hidung.


3. Ayam Tanpa Kepala 
Mampu bertahan hidup selama 18 bulan ke depan tanpa kepala. Namun, ayam ini boleh bertahan hidup kerana sebahagian besar dari teras otak dan telinganya masih ada di tubuhnya. Mike adalah ayam yg masuk ke dalam Guiness world of records.



                                                               4. Beruang Ungu Pelusa,
 seekor beruang kutub betina mempunyai bulu berwarna ungu setelah mendapat treatment untuk kulit. Pelusa dapat ditemui di taman Haiwan Mendoza City di Argentina. Namun beberapa hari kemudian, bulu Pelusa kembali ke warna asalnya, iaitu putih.



5. Lumba-Lumba Wekz ... 
Lumba-lumbayganeh. Tapi ikan lumba-lumba yg ditemui di Pear River Delta ini bukan lumba2 biasa. Banyak andaian yg berkembang tentang lumba2 ini, tapi tak tahu mana yg benar.


6. Lembu
 berkaki 6 Diberi nama Cham Lenk, yang bermaksud pelik.


7.Sunfish 
Ikan laut terbesar jenis Sunfish paling aneh. Dia punya bentuk hampir bulat, dan badan yg rata. Beratnya sampai 2 tan dan 3 m panjangnya. Kepalanya hampir 3x dari panjang keseluruhan badannya


8.Liger
Katanya harimau siberian adalah kucing yang terbesar di dunia. Wow ... jangan salah. Kucing terbesar di dunia adalah Liger, iaitu anak dari singa jantan dan harimau betina


9.Tigon 
Tigon adalah gabungan dari harimau jantan dan singa betina.



10. Loulu



Jika korang pernah ke Kepulauan Hawaii, korang mungkin melihat salah satu dari pokok-pokok ini selama kunjungan korang. Ada 25 variasi berbeza dari pokok ini ditemui di setiap pulau, beberapa daripadanya tumbuh seluas 60 meter. Setiap pulau mempunyai spesies tersendiri dan setiap spesies yang berbeza, tidak hanya dalam saiz tetapi tempat di mana mereka tumbuh dan warna palma yang mereka hasilkan.

Pohon-pohon ini hanya memiliki satu batang dan mempunyai pelbagai cabang yang tumbuh yang membentuk palma pada penghujungnya. Ada banyak pokok Loulu muda yang ditanam di kebun-kebun di rumah di mana korang menanamnya di dalam pasu sehingga ianya mula meningkat dewasa tetapi pada hakikatnya hanya terdapat sekitar 300 pohon Loulu yang tumbuh meliar di hutan.
Foto: botany.hawaii.edu .


9. Pokok Oak Hinton

 
Korang akan ketemu pokok ini di Mexico, terutama pada bahagian Tenggara di mana terdapat tiga spesies yang membiak di kawasan gurun. Apa yang unik dan menarik tentang pokok Oak Hinton ini ialah dedaunnya yang berwarna merah terang pada musim bunga tetapi bertukar menjadi hijau gelap sebelum ia luruh di musim luruh. Kulit pokok ini amat gelap, yang membentuk warna kontras dengan daun merah. Pokok ini mampu membesar setinggi 49 kaki dan ianya amat penting dan berguna kepada penduduk Mexico di mana kayu daripada pokok ini dijadi pelbagai jenis peralatan kegunaan harian seperti senduk, ulu pisau dan sebagainya.


8. St. Helena Gumwood



Pokok St Helena Gumwood ini sangat unik. Pulau St. Helena memilihnya untuk menjadi pokok ini sebagai pokok kebangsaan mereka. Pohon ini tumbuh dengan batang bengkok, tetapi ianya mampu menyokong dahan-dahannya dan ranting-ranting yang membentuk satu kanopi ala se buah dengan jumlah cabang atau dahan yang tak terbatas.

Selama musim sejuk dan memasuki akhir bulan musim bunga, setiap cabang menghasilkan bunga menjuntai putih. Bersama dengan bunga-bunganya, terdapat daun-daun yang boleh mencecah 5 inci panjang. Daun-daun bukan sahaja agak besar saiznya, tetapi mereka juga berbulu/rambut dan berwarna hijau sementara sebahagian dedaun yang lain berwarna kelabu. Populasi pokok ini sebelum ini pernah membentuk hutan hujan tropika secara menyeluruh di St. Helena.


7. Blackwood Afrika (Mpingo)



Di Swahili ianya dipanggil Mpingo, populasi pokok Afrika Blackwood terus berkurangan. Namanya berasal dari warna Heartwood nya yang sangat mirip warna hitam. Pokok ini dikatakan tumbuh di kawasan di mana sebahagian besar pokok-pokok atau tanaman lain tidak mampu tumbuh, kerana ia lebih menyukai tanah berbatu dan kurang subur. The Mpingo juga sangat lambat membesar, memakan masa antara 70-200 tahun untukmenjadi dewasa dan kebanyakannya hanya membesar setinggi 9 kaki.

Ia merupakan pokok kebangsaan Tanzania walaupun pokok ini sebenarnya boleh dijumpai di sekitar 26 negara-negara Afrika yang lain, termasuk Ethiopia, Angola, Senegal, dan yang lainnya. Pokok ini sangat baik dan berguna untuk mereka yang bekerja di sektor pertanian kerana ianya didapati mampu meningkatkan kesuburan tanah serta kestabilan tanah itu. Afrika Blackwood merupakan sumber makanan untuk pelbagai herbivora serta binatang ternakan kerana haiwan-haiwan akan makan dedaunnya . Walaupun pokok dikatakan sangat kukuh (sebahagian besar pokok-pokok ini yang dewasa dikata mampu bertahan daripada dimamah api), populasi pokok Afrika Blackwood ini semakin berkurangan.

Foto: Projek Pemuliharaan Blackwood Afrika .


6. Pokok Monkey Puzzle



Hanya mendengar namanya, korang mungkin boleh mengatakan bahawa ianya sejenis pokok yang cukup unik. Dijadikan sebagai Pokok Kebangsaan negara Chile, pokok ini boleh dilihat dan didapati di merata Eropah terutama di Kebun-kebun Botani. Kadang-kadang ianya di gelar sebagai “Fosil Yang Hidup”, pokok Makey Puzzle ini mampu hidup beribu-ribu tahun. Di Chile, ianya dikenali sebagai PehuĂ©n oleh masyarakat kaum Pehuenche. Mereka mempunyai banyak sejarah dengan pokok ini yang mana ianya merupakan sumber makanan kaum tersebut. Pokok ini menghasilkan “nuts” atau pun kekacang yang dimakan oleh kebanyakan haiwan dan manusia.Pohon itu membesar sehingga sekitar 131 kaki tetapi memiliki batang pokok yang sangat kecil. Dedahannya dikatakan sangat tebal dan bersifat reptilia kerana ianya membiak subur di kawasan yang menerima hujan yang banyak dan suhu yang sejuk.


5. Pokok Rosewood Honduras



Korang boleh menjumpai pokok Rosewood Honduras di Belize, Selatan Mexico, dan di Guatemala. Mereka dikategorikan di dalam senarai pokok terancam kerana penggunaannya yang berleluasa untuk pelbagai produk. Kayu yang diambil daripada pokok ini dikatakan mempunyai kualiti yang tinggi dan terbaik untuk industri perabut. Disebabkan oleh warnanya ungu merah yang menarik, berira dengan garis-garis hitam, ianay menjadi satu spesies kayu yang unik dan menarik dan hasil perabut yang dibuat daripada kayu ini amat berkualiti dan sangat disukai ramai.


4. Cedar Clanwilliam



Sering dianggap sebagai Raja Pokok, pokok Cedar Clanwilliam boleh didapati sepanjang Western Cape Province di South Africa, terutamanya di kawasan pergunungan Cederberg. Pokok ini sangat tinggi, tumbuh hingga 82 kaki tingginya. Ada di antara pokok-pokok ini boleh hidup sehingga 1,000 tahun, dan memakan masa hampir 30 tahun untuk pokok untuk menghasilkan benih. Pohon ini memiliki daun yang berbentuk jejarum yang berkedudukan rapat-rapat antara satu dengan lain. Dedaunan sering menghasilkan kon kecil pada penghujung setiap ranting kecil sepanjang musim gugur.




3. Pokok Baobab Afrika


Jika korang pernah menonton filem “The Lion King”, korang pasti telah melihat Pokok Baobab. Ini merupakan rumah yang dibuat oleh Rafikidalam filem tersebut. Pokok Baobab Afrika merupakan pokok yang mempunyai sejarah yang tersendiri. Ia dikatakan telah wujud selama sekurang-kurangnya 1,000 tahun. Korang akan ketemu dengan pokok besar ini, biasanya tumbuh sehingga 82 kaki tingginya, di Sungai Nil Biru serta di Kordofna dan Darfur, Sudan. Pokok ini bukan sahaja tinggi, malah saiz batang nya amat besar, secara puratanya diameter batangnya sebesar 32 kaki, tetapi ada juga yang mencecah saiz sehingga 91 kaki. Pokok ini juga menghasilkan buah (yang mana boleh dilihat dalam filem The Lion King) sebesar 3-17 inci diameter. Buah pokok ini juga digunakan sebagai pelbagai jenis ubatan disamping sebagai makanan.


2. Pokok Naga (Dragon)



Pokok ini mungkin mempunyai sejarah paling “cool” dalam senarai, tetapi korang hanya akan mendapati Pohon Naga ini di Maghribi, Madeira, Kepulauan Cape Verde, dan di lima dari tujuh Kepulauan Canary. Tinggi dan ramping, pohon memiliki daun berduri dengan bunga putih-hijau maupun coklat berries yang sembuh dalam suatu zat manis merah.

Sejarah di sebalik pokok ini menjangkau berabad-abad lamanya. Dikatakan bahawa pada zaman Rome kuno, pohon itu digunakan sebagai pewarna yang menutupi peralatan besi. Kebanyakan pewarna asli daripada pokok ini digunakan sebagai sejenis Varnis. Pohon Dragon juga mempunyai sejarah dalam pelbagai mitos Greek. Yang paling terkenal adalah cerita tentang Hercules dan Epal dari Hesperides. Landon, iaitu naga berkepala seratus yang dibunuh, yang dikatakan sebagai pengawal Hesperides sehingga Hercules boleh membawa kembali tiga epal emas. Ketika naga itu dibunuh, dikatakan bahawa pelbagai Pokok Dragon Pohon muncul daripada darah Landon yang berpercikan, yang kemudiannya mengalir ke seluruh negeri, menyebabkan lebih banyak pohon Dragon ini tumbuh.


1. Pokok Bois Dentelle 



Pokok Dentelle Bois adalah pohon benar-benar cantik; malangnya hanya terdapat dua pokok yang ada sekarang (ke dua-duanya di Mauritius). Pokok ini agak kecil, tidaklah besar seperti kebanyakan pokok lain dalam senarai ini, tetapi bunga-bunga yang dihasilkannya agak unik dan tersendiri. Bunganya berbentuk seperti loceng dengan kelopaknya yang berenda. Bunga-bunga ini akan kembang mekar hanya antara bulan Januari hingga Mac. Bunga-bunga berwarna putih ini akan bergantungan pada dahan yang yang panjang dan kelihatan berkelompok.

Begitulah senarai 10 pokok yang hampir pupus di dunia. Kepupusan mereka disebabkan oleh pelbagai sebab seperti untuk kegunaan manusia, kewujudan ekosistem baru yang tidak sesuai dengan kehidupan mereka atau berlakunya ketidakseimbangan ekosistem dalam dunia ini, malah ada juga disebabkan oleh spesies haiwan dan pepohon lain yang menghapuskan mereka. Korang boleh membaca artikel yang lebih terperinci dalam bahasa Inggeris dengan menGoogle teks“extinct tree species” atau seumpamany



15 Haiwan Paling Comel Yang Hampir Pupus Di Seluruh Dunia

haiwan-paling-comel-hampir-pupus
Secara umumnya, apabila berkata tentang masalah kepupusan spesies di planet ini, kita tidak boleh menyalahkan sesiapa selain diri sendiri.

Pertambahan populasi manusia dan kadar penggunaan bahan semulajadi telah meningkatkan lagi kadar kepupusan haiwan-haiwan ini. 


Atau lebih spesifik lagi, kemusnahan habitat akibat aktiviti pembangunan dan perdangangan hidupan liar merupakan punca utama penurunan bilangan spesies di muka bumi ini. Disebabkan ketamakan kita sendiri, sanggupkah kita lihat haiwan-haiwan comel yang tidak bersalah seperti di bawah ini pupus dan hilang terus dari muka bumi?


1. Sand Cats
sand-cats
Sand cats (kucing pasir) merupakan satu-satunya spesis dari keluarga kucing yang tinggal di padang pasir, terutamanya di kawasan padang pasir di Afrika Utara, Asia Barat dan Asia Tengah. Sejak tahun 2002 kucing pasir ini telah disenaraikan sebagai haiwan yang terancam oleh IUCN (International Union for the Conservation of Nature) kerana penurunan populasi yang mendadak.


2. Egyptian Tortoise
egyptian-tortoise
Egyptian Tortoise (kura-kura Mesir?) yang juga dikenali sebagai Kleinman's tortoise atau Leith's tortoise ini dianggap dalam keadaan terancam yang kritikal. Ianya dipercayai sudah pupus di Mesir, which is ironic, sebab namanya Egyptian Tortoise tapi tak boleh dijumpai di tempat bersempena dengan nama kura-kura ini. Ribuan sudah dihantar ke Amerika dan lain-lain negara dengan tujuan pembiakan dalam kurungan.


3. Sea Otter
Sea-Otter
Sea-Otters
Disebabkan binatang ini memang serius sangat cute, jadi saya letak gambar dia lebih sikit. Sea Otter ini hampir pupus disebabkan aktiviti pemburuan yang ingin mengambil bulu mereka. Seriously, macam mana mereka tergamak nak membunuh binatang secomel begini? Populasi haiwan ini di Barat Laut Pasifik berkurangan kepada kurang daripada 2000 ekor pada awal abad ke-20. Berita baiknya, dengan penguatkuasaan undang-undang, populasi sea otter ini telah meningkat kepada 100,000 hingga 150,000 ekor.


4. Fennec Fox
Fennec-Fox
Fennec Fox yang mendiami kawasan Afrika Utara dan Timur Tengah ini masih lagi belum dianggap sebagai haiwan yang terancam namun habitat mereka menerima ancaman dari aktiviti perlancongan dan pembangunan. Telinganya yang besar membantu untuk memburu pada waktu malam dengan berfungsi untuk mendengar pergerakan mangsa di bawah tanah dan menyejukkan badan daripada haba padang pasir. Sesiapa yang ada kawan bertelinga capang tu mungkin lepas ni boleh panggil dia Fennec Fox.


5. Mexican Axolotl
Mexican-Axolotl
Pokemon? Masa mula-mula nampak binatang ni serius nampak macam pokemon peliharaan Ash Ketchum. Mexican Axolotl ini sebenarnya merupakan salah satu spesis salamander dan tinggal di dalam air. Haiwan ini dikatakan hampir pupus, dengan kurang daripada 1200 ekor yang tinggal di Mexico, satu-satunya habitat terakhir bagi pokemon ini yang masih terpelihara. Apabila sudah pupus nanti pasti kecewa juga sebab mana nak cari haiwan yang memang dilahirkan untuk senyum secara semulajadi sebegini?


6. Pika
pika
Pika pika pikachu? Ok, ini memang serius pokemon. Pika yang merupakan mamalia kecil dari keluarga arnab ini mempunyai telinga yang besar dan tidak mempunyai ekor. Menurut World Wildlife Foundation WWF), binatang ini terancam kerana ianya terdedah kepada kesan pemanasan global disebabkan Pika ini tinggal di habitat yang sejuk dan agak lembap di kawasan tanah tinggi. Apabila pemanasan global semakin meningkat, habitat tersebut akan semakin berkurang dan bakal membawa kepupusan kepada salah satu spesis pokemon ini.


7. Mandarin Duck
Mandarin-Duck
Mandarin Duck (Itik Mandarin?) yang mendiami Asia Timur ini sama seperti burung merak di mana hanya yang jantan mempunyai bulu-bulu yang colourful manakala si betina hanya berwarna plain yang boring. Sangat berlainan daripada manusia bukan? Walaupun aktiviti pembangunan telah mengurangkan spesis itik ini namun ianya masih lagi boleh dijumpai di beberapa kawasan di Asia Timur. Menurut BBC, itik ini salah satu jenis itik yang tidak diburu untuk dimakan kerana rasanya yang sangat tidak sedap.


8. Slow Loris
Slow-Loris
Berasal dari Indonesia, Slow Loris dari spesis kokang diburu hingga hampir pupus kerana kononnya dagingnya yang dikatakan boleh menyembuhkan penyakit dan mempunyai nilai-nilai spiritual. Kokang ini memang nampak sangat comel tapi seperti gadis-gadis comel yang mampu mematahkan hati para jejaka, Slow Loris ini merupakan satu-satunya keluarga beruk yang berbisa. Ia menyimpan racun di dalam kantung pada bahagian siku dan menyerang mangsanya dengan cara yang sangat awesome iaitu dengan menyedut racun tersebut ke dalam mulut dan berkumur sebelum melancarkan serangan gigitan berbisa.


9. Beluga Whale
beluga-whale
beluga-whales
Ini dugong ke ikan paus? Ikan paus Beluga yang terkenal kerana ciri-ciri bonjolan pada kepalanya dan berwarna putih ini menurut kerajaan Amerika Syarikat mengalami ancaman di habitatnya di Alaska. Dianggarkan hanya kira-kira 100,000 ekor yang tinggal di habitat liar bagi salah satu spesis ikan paus terkecil ini. Disebabkan ikan paus ini memang sangat cute dan bonjolan pada kepalanya memang sangat epik, jadi saya letak dua gambar di sini. Hehe.


10. Black Footed Ferret
Black-Footed-Ferret
Berasal daripada salah satu keluarga musang, Black Footed Ferret ini dianggap terancam oleh IUCN. Malahan, binatang ini pernah diisytiharkan pupus pada tahun 1979, sebelum dua tahun kemudian sebilangan kecil telah dijumpai di Wyoming, Amerika Syarikat. Usaha-usaha pemuliharaan yang giat dijalankan telah mendatangkan hasil dengan lebih kurang 1000 ekor berjaya dibiakkan, menjadikannya antara usaha pemuliharaan haiwan terancam paling berjaya di Amerika Syarikat.


11. Gray Gentle Lemur
Gray-Gentle-Lemur
Kalau anda pernah tengok filem Madagascar pasti familiar dengan binatang ni. Ingat King Julian?Bukannya sebijik tapi berasal daripada keluarga beruk yang sama juga. Gray Gentle Lemur, salah satu spesis lemur ini merupakan salah satu spesis yang hanya boleh dijumpai di mana lagi, di Madagascar pastinya. Juga dipanggil bamboo lemur, pemakanan haiwan ini sama seperti namanya iaitu buluh.


12. Hawaiian Monk Seal
Hawaiian-Monk-Seal
Anjing laut sami hawaii? Peh, epik gila nama dia. Merupakan salah satu daripada spesis monk seal yang masih tinggal di dunia (yang ketiga, carribean monk seal sudah pupus), anjing laut ini hanya tinggal kira-kira 1100 ekor di habitat liar. Diburu sehingga berada dalam ambang kepupusan pada abad ke-19, haiwan ini kini disenaraikan sebagai spesis yang dilindungi.


13. Matschie's Tree Kangaroo
Matschie's-Tree-Kangaroo
Spesis kangaroo pokok ini hanya boleh dijumpai di kawasan hutan hujan di Australia, Papua Barat dan Papua New Guinea, pada ketinggian kira-kira 11,000 kaki. Tidak seperti kangaroo yang biasa, spesis ini tinggal di atas pokok dan bergayut dari satu pokok ke pokok yang lain dengan menggunakan anggota badannya yang kuat. Disebabkan habitatnya yang terhad, IUCN menganggap kangaroo pokok ini berada dalam ambang kepupusan.


14. Iberian Lynx
iberian-lynx
Iberian Lynx yang berasal dari Sepanyol dan Portugal ini dikhabarkan bakal menjadi spesis kucing pertama bakal pupus sejak 2000 tahun yang lepas, yang kini menjadi kebimbangan WWF. Apa yang lebih membimbangkan ialah disebabkan oleh pembangunan manusia dan kehilangan tempat tinggal, hanya terdapat kira-kira 38 ekor Iberian Lynx betina yang masih tinggal untuk membiak.


15. Giant Panda
giant-panda
Spesis binatang ni memang rasanya sudah ramai yang tahu berada dalam ancaman kepupusan. Kalau tidak, takkan WWF nak letak panda ni menjadi logo mereka. Dipercayai hanya tinggal kira-kira 3000 ekor di habitat liar. Walaupun pelbagai usaha giat dijalankan, namun panda ini tidak mampu untuk membiak dengan baik ketika berada dalam kurungan dan di habitat liar, ianya terdedah kepada ancaman pemburuan haram. Mungkin lepas ini untuk mengelak ancaman pemburu, panda-panda harus dilengkapkan dengan latihan kungfu yang intensif.

Sumber dari Time