10. Loulu
Jika korang pernah ke Kepulauan Hawaii, korang mungkin melihat salah satu dari pokok-pokok ini selama kunjungan korang. Ada 25 variasi berbeza dari pokok ini ditemui di setiap pulau, beberapa daripadanya tumbuh seluas 60 meter. Setiap pulau mempunyai spesies tersendiri dan setiap spesies yang berbeza, tidak hanya dalam saiz tetapi tempat di mana mereka tumbuh dan warna palma yang mereka hasilkan.
Pohon-pohon ini hanya memiliki satu batang dan mempunyai pelbagai cabang yang tumbuh yang membentuk palma pada penghujungnya. Ada banyak pokok Loulu muda yang ditanam di kebun-kebun di rumah di mana korang menanamnya di dalam pasu sehingga ianya mula meningkat dewasa tetapi pada hakikatnya hanya terdapat sekitar 300 pohon Loulu yang tumbuh meliar di hutan. Foto: botany.hawaii.edu .
9. Pokok Oak Hinton
Korang akan ketemu pokok ini di Mexico, terutama pada bahagian Tenggara di mana terdapat tiga spesies yang membiak di kawasan gurun. Apa yang unik dan menarik tentang pokok Oak Hinton ini ialah dedaunnya yang berwarna merah terang pada musim bunga tetapi bertukar menjadi hijau gelap sebelum ia luruh di musim luruh. Kulit pokok ini amat gelap, yang membentuk warna kontras dengan daun merah. Pokok ini mampu membesar setinggi 49 kaki dan ianya amat penting dan berguna kepada penduduk Mexico di mana kayu daripada pokok ini dijadi pelbagai jenis peralatan kegunaan harian seperti senduk, ulu pisau dan sebagainya.
8. St. Helena Gumwood

Pokok St Helena Gumwood ini sangat unik. Pulau St. Helena memilihnya untuk menjadi pokok ini sebagai pokok kebangsaan mereka. Pohon ini tumbuh dengan batang bengkok, tetapi ianya mampu menyokong dahan-dahannya dan ranting-ranting yang membentuk satu kanopi ala se buah dengan jumlah cabang atau dahan yang tak terbatas.
Selama musim sejuk dan memasuki akhir bulan musim bunga, setiap cabang menghasilkan bunga menjuntai putih. Bersama dengan bunga-bunganya, terdapat daun-daun yang boleh mencecah 5 inci panjang. Daun-daun bukan sahaja agak besar saiznya, tetapi mereka juga berbulu/rambut dan berwarna hijau sementara sebahagian dedaun yang lain berwarna kelabu. Populasi pokok ini sebelum ini pernah membentuk hutan hujan tropika secara menyeluruh di St. Helena.
7. Blackwood Afrika (Mpingo)
Di Swahili ianya dipanggil Mpingo, populasi pokok Afrika Blackwood terus berkurangan. Namanya berasal dari warna Heartwood nya yang sangat mirip warna hitam. Pokok ini dikatakan tumbuh di kawasan di mana sebahagian besar pokok-pokok atau tanaman lain tidak mampu tumbuh, kerana ia lebih menyukai tanah berbatu dan kurang subur. The Mpingo juga sangat lambat membesar, memakan masa antara 70-200 tahun untukmenjadi dewasa dan kebanyakannya hanya membesar setinggi 9 kaki.
Ia merupakan pokok kebangsaan Tanzania walaupun pokok ini sebenarnya boleh dijumpai di sekitar 26 negara-negara Afrika yang lain, termasuk Ethiopia, Angola, Senegal, dan yang lainnya. Pokok ini sangat baik dan berguna untuk mereka yang bekerja di sektor pertanian kerana ianya didapati mampu meningkatkan kesuburan tanah serta kestabilan tanah itu. Afrika Blackwood merupakan sumber makanan untuk pelbagai herbivora serta binatang ternakan kerana haiwan-haiwan akan makan dedaunnya . Walaupun pokok dikatakan sangat kukuh (sebahagian besar pokok-pokok ini yang dewasa dikata mampu bertahan daripada dimamah api), populasi pokok Afrika Blackwood ini semakin berkurangan.
Foto: Projek Pemuliharaan Blackwood Afrika .
6. Pokok Monkey Puzzle
Hanya mendengar namanya, korang mungkin boleh mengatakan bahawa ianya sejenis pokok yang cukup unik. Dijadikan sebagai Pokok Kebangsaan negara Chile, pokok ini boleh dilihat dan didapati di merata Eropah terutama di Kebun-kebun Botani. Kadang-kadang ianya di gelar sebagai “Fosil Yang Hidup”, pokok Makey Puzzle ini mampu hidup beribu-ribu tahun. Di Chile, ianya dikenali sebagai PehuĂ©n oleh masyarakat kaum Pehuenche. Mereka mempunyai banyak sejarah dengan pokok ini yang mana ianya merupakan sumber makanan kaum tersebut. Pokok ini menghasilkan “nuts” atau pun kekacang yang dimakan oleh kebanyakan haiwan dan manusia.Pohon itu membesar sehingga sekitar 131 kaki tetapi memiliki batang pokok yang sangat kecil. Dedahannya dikatakan sangat tebal dan bersifat reptilia kerana ianya membiak subur di kawasan yang menerima hujan yang banyak dan suhu yang sejuk.
5. Pokok Rosewood Honduras
Korang boleh menjumpai pokok Rosewood Honduras di Belize, Selatan Mexico, dan di Guatemala. Mereka dikategorikan di dalam senarai pokok terancam kerana penggunaannya yang berleluasa untuk pelbagai produk. Kayu yang diambil daripada pokok ini dikatakan mempunyai kualiti yang tinggi dan terbaik untuk industri perabut. Disebabkan oleh warnanya ungu merah yang menarik, berira dengan garis-garis hitam, ianay menjadi satu spesies kayu yang unik dan menarik dan hasil perabut yang dibuat daripada kayu ini amat berkualiti dan sangat disukai ramai.
4. Cedar Clanwilliam
Sering dianggap sebagai Raja Pokok, pokok Cedar Clanwilliam boleh didapati sepanjang Western Cape Province di South Africa, terutamanya di kawasan pergunungan Cederberg. Pokok ini sangat tinggi, tumbuh hingga 82 kaki tingginya. Ada di antara pokok-pokok ini boleh hidup sehingga 1,000 tahun, dan memakan masa hampir 30 tahun untuk pokok untuk menghasilkan benih. Pohon ini memiliki daun yang berbentuk jejarum yang berkedudukan rapat-rapat antara satu dengan lain. Dedaunan sering menghasilkan kon kecil pada penghujung setiap ranting kecil sepanjang musim gugur.
|
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan