11 spesis haiwan yang telah pupus masa kini
entri kali ni mmg sgt menarik untuk saya kongsikan info. hasil dari bacaan saya dalam sebuah encyclopedia dan juga searching di website , memang sangat mengejutkan kerana rupanya banyak haiwan yang telah pupus dalam 4 dekad ini. kepupusan spesis haiwan ni semua disebabkan oleh kerakusan manusia dalam pembangunan yang sekaligus telah merosakkan ekosistem dan habitat haiwan. kat bawah ni saya senaraikan 11 spesis haiwan yang telah pupus dalam tempoh 40 tahun terakhir ini.

1. Golden Toad (1989)
Golden Toad: bukan satu-satunya spesies haiwan yang hilang dalam 40 tahun terakhir ini - tetapi salah-satu dari spesis yang tercatat telah pupus. Amfibia fluorescent itu sebenarnya sangat mudah ditemu di ketinggian kaki bukit Costa Rica, tetapi akibat dari pencemaran, pemanasan global spesies ini telah pupus pada tahun 1989.

2. Zanzibar Leopard (1996)
Salah satu dari beberapa subspesies harimau kumbang di Zanzibar. Leopard ini adalah penghuni kepulauan Zanzibar di Tanzania. Masih belum jelas apakah spesis ini benar-benar telah pupus Namun penduduk sekitar ada sesekali melihat haiwan ini . Namun dipastikan bahawa spesis ini kali terakhir dilihat manusia pada 1996. Penyebab kepupusan : haiwan ini diburu dengan agresif dan penduduk tempatan melihat haiwan ini dilihat sebagai pemangsa jahat yang harus dihapuskan.

3. Po'ouli (2004)
Po'ouli, atau Black-Faced Honeycreeper, ini merupakan penghuni asli Maui, Hawaii. Spesis burung ini hanya baru ditemui pada tahun 1970-an oleh para pengkaji. Namun populasinya tiba-tiba menurun dengan mendadak selepas itu, dan pada tahun 1997 hanya terdapat tiga ekor Po'ouli yang wujud di dunia ini. akhirnya spesies ini dinyatakan pupus secara rasmi tujuh tahun kemudian. iaitu pada 2004. Penyebab kepupusan: kemusnahan habitat asal, serangan penyakit, serangan pemangsa dan penurunan dalam sumber makanan.

4. Madeiran Large White (2007)
Large Madeiran merupakan rama-rama yang menakjubkan. Rama-rama putih ini hanya boleh ditemui di lembah-lembah dari hutan Laurisilva di Kepulauan Madeira Portugal. Rama-rama ini memiliki hubungan dekat dengan spesis rama, Large White, yang banyak boleh didapaiti di seluruh Eropah, Afrika dan Asia. Dipercayai spesis ini telah pupus dan kali terakhir dilihat oleh para penyelidik spesis pada 2007 . Penyebab kepupusan, kemusnahan habitat kerana pembangunan dan peningkatan populasi manusia dikawasan tersebut.

6. Pyrenean Ibex (2000)
Ibex Pyrenean terakhir dilihat pada tahun 2000. Namun, clone Ibex, dibuat dari kulit sampel yang diambil dari Pyrenean Ibex terakhir, ini dilahirkan pada tahun 2009. Namun meninggal tak lama setelah lahir karena komplikasi paru-paru.
Penyebab kepupusan ialah haiwan ini menjadi mangsa pemburu haram yang telah menyebabkan jumlah haiwan ini berkurang secara serius dan ahli pencinta alam menyalahkan pemerintah Spanyol yang gagal bertindak pada waktunya untuk menyelamatkan haiwan ini dari kepupusan.

7. Badak Hitam Afrika Barat (2006)
Badak Hitam Afrika Barat telah dinyatakan pupus pada tahun 2006, setelah pengkaji haiwan gagal menemui spesies ini lagi dalam habitat mereka di Kamerun. Badak Hitam Afrika Barat adalah salah satu dari empat subspesies badak.
Penyebab kepupusan disebabkan pemburuan dari pemburu haram untuk mendapatkan tanduk

8. Harimau Jawa (1979)
Serupa dalam tampilannya dengan Harimau Sumatra, harimau jawa adalah macan asli pulau Jawa Indonesia. Pada tahun 1800-an haiwan ini begitu banyak sekali dan mudah ditemui tapi kerana Pulau Jawa telah dibangunkan dan dikembangkan sebagai petempatan manusia ,populasi harimau Jawa telah menurun dengan mendadak. Pada tahun 1950-an, hanya tinggal 20 harimau jawa ini. dan kini secara rasmi haiwan ini telah pupus.Penyebab kepupusan, Kehilangan habitat dan pembangunan pertanian mengakibatkan penurunan populasi harimau jawa ini.

9. Spix's Macaw (2004)
Juga disebut Little Blue Macaw, dikenali kerana mempunyai bulu biru yang sangat cantik. Hanya terdapat beberapa ekor shaja burung ini yang masih wujud didunia dan berjaya diselamatkan. burung biru kecil ini sudah tidak dapat ditemui di habitat liar. dan dijangka juga bakal pupus dalam tempoh jangka terdekat. Penyebab kepupusan : kemusnahan habitat dan perdagangan haram burung ini yang telah menyumbang kepada kepupusan haiwan ini.

10. Boa Round Island (1975)
Ular ini merupakan spesis Asli Round Island, iaitu sebuah pulau kecil di pantai Mauritius, Boa Round Island lebih suka tinggal di puncak-lapisan tanah dari lereng gunung berapi. Hal ini pernah ditemukan pada beberapa pulau-pulau lain di sekitar Mauritius, tetapi jumlahnya telah menurun pada tahun 1940-an, dan akhirnya hanya boleh ditemui di Round Island setelah 1949. Ular ini kali terakhir dilihat manusia pada tahun 1975 dan dipercayai kini telah pupus.

11. Kupu Alcon Biru Belanda (1979)
Kupu-kupu ini merupakan subspesies dari Alcon Biru - banyak ditemui terutama di padang rumput di Belanda. Alcon Biru Belanda terakhir dilihat pada tahun 1979. Penyebab kepupusan : Pertumbuhan dalam pembangunan pertanian menyebabkan habitat Alcon Biru ini terancam dan menyebabkannya kehilangan sumber makanan utama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan